Premis Biarku Sentuh Cintamu

25 tahun lalu, ibu Lokman, Hasnah membatalkan perkahwinan Lokman dengan Hajar apabila ternampak ayah Hajar yang tidak siuman. Hajar sangat kecewa. Beberapa hari selepas itu kawan baik Lokman yang juga rakan kongsi niaganya, Azwan menemui Hajar. Azwan melamar Hajar dan berjanji akan mengasihi Hajar sepanjang hidupnya. Hajar tidak ada pilihan, dia menerima lamaran Azwan.